UMNO CAWANGAN BANDAR UNIVERSITI
Bahagian Sri Gading

Berita Terkini

Tabung Pendidikan DUN Parit Raja

Posted on January 30, 2010 at 10:09 AM

30 Jan, Parit Raja. Tabung Pendidikan DUN Parit Raja telah dilancarkan pada 30 Januari 2010 oleh YB Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz. Tabung ini adalah merupakan satu tabung yang diwujudkan bagi membantu dan menyokong program-program pendidikan sekolah-sekolah dalam DUN Parit Raja. Ucapan alu-aluan yang dibuat oleh Pengerusi Tabung Pendidikan DUN Parit Raja, YB Haji Aziz Bin Kaprawi menyatakan bahawa kewujudan tabung tersebut adalah merupakan satu usaha yang dilakukan selaras dengan kehendak dan aspirasi YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri. Ia juga menyatakan bahawa antara konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh YAB perdana Menteri adalah "Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan". Sementara itu dalam ucapan pelancaran yang dilakukan oleh YB Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz beliau menegaskan bahawa pelancaran tabung ini adalah merupakan satu program yang sangat mulia dan beliau menyeru mereka yang berkemampuan untuk sama-sama memberikan sumbangan bagi menyokong Tabung Pendidikan DUN Parit Raja. Setakat hari ini Tabung Pendidikan DUN Parit Raja telah mengumpulkan sebanyak RM60,000 hasil sumbangan daripada beberapa syarikat. Antara penyumbang tabungan tersebut adalah Syarikat Usul Saujana, Syarikat Intelek Jauhari, Syarikat Karisma Electronic, Pasaraya Agro Segar, Restoran Bisik-Bisik, Syarikat Laras Architec, Technocrat Group, Tan Kee Hwee Tailing. Sementara itu The News Straits Time Press pula menyumbangkan 20 naskah akhbar kepada sekolah-sekolah rendah dalam DUN Parit Raja.

Categories: None